COKLAT DAN KOPI TAK DAPAT DIPISAHKAN

di kedai coklat

Coklat Sedap

Coklat dan kopi kalau bergabung memang power.

Kalau ada coklat, kena ada kopi. Selalunya macam tu lah. Pada 20/11/2016 yang lepas, genap setahun Kedai Coklat Simply Chocolate menyediakan Anis Coffee sebagai salah satu menu minuman untuk para pelanggan kami. Sokongan pelanggan yang tak berbelah bagi pada Anis Coffee yang dijual di Kedai Coklat Simply Chocolate teramat kami hargai. Harap-harap dengan HOT CUP percuma yang dihadiahkan dapat diterima dengan seadanya.
Dari rekod jualan, HOT CUP perasa coklat menjuarai carta minuman panas. Ramai yang cakap coklat HOT CUP memang kaw.

Hot coklat

Kad loyalty coklat

Bagi kami sedar tak sedar sudah setahun rupanya. Anis Coffee satu jenama dibawah Anis Chocolate Moist Cake (ACMC) kek coklat pertama di Malaysia yang boleh didapati di seluruh pelusuk tempat termasuk pasaraya utama dan kedai serbanika.

.
Kerjasama Simply Chocolate dan ACMC sebenar dah terjalin lebih 5 tahun. Kami adalah stokis ACMC untuk Ipoh, Perak. ( Jika berminat nak jadi agen ACMC Perak, boleh hubungi 0125718900).
Anis Coffee walaupun baru setahun, tapi mempunyai lebih 100 cawangan atau rakan niaga sehingga ke Sarawak. Bermula dengan 2 perasa sahaja iaitu Green Tea dan Coklat, kini dah bertambah kepada 5 perasa. Iaitu Mocha, Coffee, Capucinno.

set kombo coklat

Set air coklat dan donut

Kemudian diperkenalkan pula versi HOT CUP dengan perasa Coklat dan Coffee. Jadi kalau datang ke Simply Chocolate, boleh mintak aje minuman panas atau sejuk Anis Coffee, dibancuh fresh depan mata.
Anis Coffee menggunakan serbuk premium setaraf dengan Coffee dan Coklat jenama Cafe Coffee antarabangsa. Jadi tidak perlu risau dari segi kualiti dan kehalalannya.

.
Kalau anda datang ke Kafe Coklat kami, kami ada cara RARE untuk minum Anis Coffee. Ini khas untuk peminat coklat yang kaw-kaw punya. Cara ni hanya ada di Simply Chocolate. Ada berani ?.

minum-coklat-panas

Santai di Kedai Coklat

.
Nota: Untuk lebih banyak gambar menarik dan pilihan boleh follow Instagram dan Fanpage Simply Chocolate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *