COKLAT YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

coklat gelap

khasiat coklat

Hakikatnya ramai yang suka makan coklat.

Tidak kira umur, jantina dan bangsa, pasti jika disebut coklat semuanya akan tahu dan mempunyai coklat kegemaran masing-masing. Sama ada coklat yang dihasilkan dari coklat susu, coklat gelap atau coklat putih.
Tetapi adakah mereka tahu khasiat setiap jenis coklat yang dimakan?.

.

Sekiranya anda peminat tegar coklat yang tulin dan perihatin dengan kesihatan sudah tentu coklat gelap akan menjadi pilihan. Sekiranya anda jenis tak kisah, asalkan sedap aje, coklat susu dan coklat putih jadi pilihan.

Baiklah, sekarang jom kita lihat kenapa coklat hitam baik untuk kesihatan.

Coklat Hitam (dark chocolate)

– mengandungi antioksida 8x lebih tinggi berbanding strawberry.
– flavonoid, adalah bahan antioksida yang dimaksudkan.
– baik untuk kesihatan jantung yang melancarkan perjalanan darah
– merendahkan risiko masalah pembekuan darah
– mengurangkan pembetukan kolestrol.
– mengurankan tekanan darah jika di makan dengan sederhana dan mengikut peraturan. Kajian menunjukkan memakan coklat hitam sebanyak 100gram sehari selama 2 minggu akan menurunkan tekanan darah dengan ketara.
– merangsang mood gembira yang merangsang hormon perasaan gembira.
– menjadikan kulit wajah awet muda, kerana coklat hitam mengandungi mineral serta vitamin A,C dan E, yang meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak, dan merangsang ingatan.
– walaupun mengandungi lemak, tetapi ia adalah jenis lemak yang tidak menggemukkan.

.

Coklat hitam amat baik untuk kesihatan, tetapi ia perlu dimakan dengan betul, bersederhana dengan kuantiti yang tidak berlebihan. Untuk ibu-bapa galakkan anak anda makan coklat hitam dan ajar mereka tentang khasiat coklat hitam.

.

INFO: Kandungan Coklat

.
# Polyphenols – Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.

– Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.

# Theobromine – Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.

– Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.

# Phenylethylamine – Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.

# Antioksidan – Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan.

.

Nota: Untuk lebih banyak gambar menarik dan pilihan boleh follow Instagram dan Fanpage Simply Chocolate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *