MUDAHNYA BUAT COKLAT SENDIRI

Kelas Coklat.

Mudahnya buat coklat

Cara mudah buat colat sendiri dengan belajar di kelas coklat.

Di zaman ekonomi yang tidak menentu dan kenaikan kos barang yang diluar kawalan kita, ada baiknya kalau kita ada pendapatan sampingan. Sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban belanja isi rumah. Betul tak?.

Saya nak berkongsi cara senang dan mudah untuk buat coklat dirumah. Boleh buat sendiri coklat untuk anak-anak dan boleh juga buatkan untuk harijadi anak-anak jiran, doorgift coklat, coklat hantaran, aqiqah. Pendek kata untuk sebarang majlis. Bestkan, bukan sahaja buat untuk makan sendiri, boleh berniaga sekali.

Bahan yang diperlukan untuk buat Coklat sendiri.

1. Coklat.

Coklat yang digunakan adalah jenis Compound. Boleh dapatkan di kedai-kedai kek berdekatan. Antara jenama yang biasa seoerti Le’Borne, Beryl, Colatta dan lain. Pastikan ia Coklat Compound dan BUKAN COOKING CHOCOLATE. Boleh pilih samada Dark Chocolate (coklat gelap) atau White Chocolate (coklat putih) atau Milk Chocolate (coklat susu).

2.Bahan lain. 

Bahan-bahan lain sebagai filling seperti badam, kismis dan sebagainya.

3. Peralatan.

Ok, seterusnya, peralatan yang diperlukan untuk membuat coklat.Kita akan gunakan alat-alat yang ada didalam rumah sebagai permulaan. Kata nak berjimatkan?

1. Bekas buat ais batu. Bekas ini akan jadi pengganti kepada mould coklat. Mould coklat selalunya datang dalam pelbagai bentuk yang menarik dan jenis bahan yang berbeza kualiti dari semurah RM2.50 hingga ke ratusan ringgit

2. Sudu atau senduk yang digunakan sebagai alat untuk menuang coklat ke dalam mould coklat.

3. Peti sejuk.Digunakan untuk menyejukkan coklat yang telah diisi kedalam mould coklat. Saya rasa peti sejuk satu keperluan dalam setiap rumah. Kalau tidak ada, masalah besarlah jawabnya.

4. Rice Cooker.Sebagai alat atau dapur untuk mencairkan coklat menggunakan teknik double boiling.

5. Periuk saiz sederhana. Sebagai alat untuk mencairkan coklat didalamnya.

Ok. Cukup bahan asas untuk membuat coklat sendiri. Cuba cek di dapur anda, ada tak alat-alat di atas.

 

Mencairkan coklat menggunakan teknik ‘Double Boiling’

1. Masukkan air kedalam rice cooker dan panaskan.
2. Letakan periuk saiz sederhana di atas rice cooker dan biarkan wap air yang dimasak dalam rice cooker memanaskan bahagian bawah periuk.
3. Letakkan coklat kompaun yang telah di potong kecil ke dalam periuk dan kacau dengan perlahan untuk mencairkan coklat. Kacau sehingga ia betul cair.

Pastikan tiada wap air masuk kedalam coklat yang sedang dikacau. Air akan merosakkan kualiti dan bentuk coklat.

Langkah seterusnya, proses membentuk coklat.

1. Setelah coklat betul-betul cair. Guna sudu atau senduk kecil dan tuangkan ke dalam lubang-lubang ketul bekas ais dengan berhati-hati.

2. Isi filling yang anda suka, seperti badam, kismis mengikut selera anda. Boleh juga letakkan badam atau kismis dibahagian atas coklat setelah ia dikeluarkan dari mould.

3. Setelah semua lubang mould ais disi coklat, masukkan kedalam peti sejuk di bahagian chill BUKAN DIBAHAGIAN FREEZER (bahagian beku ais). Selama 15-30 min.

4. Setelah cukup 15-30 min, keluarkan mould dan ketukkan mould untuk keluarkan coklat yang telah keras dari lubang mould.

5. Anda boleh hiaskan coklat mengikut kreativiti anda. Boleh lihat pada gambar-gambar coklat yang ada di internet sebagai inspirasi.

Tahniah… anda baru sahaja hasilkan Coklat sendiri.

Apa yang dikongsi adalah asas dalam membuat coklat buatan tangan. Lebih banyak teknik dan resepi akan diajar secara personal coaching secara WASAP dan online jika anda berminat.

Tip bagaimana untuk menghasilkan coklat yang berkilat, hasilkan coklat dengan rasa yang anda suka.Bagaimana cara mengekalkan kualiti coklat yang di pos, tanpa cair dan banyak lagi.

Untuk tempoh yang terhad, dengan potongan sehingga 50%. Hubungi no WASAP di bawah atau klik link WASAP untuk respon yang lebih pantas.   WASAP 0125718900 

 

 

Booking slot Kelas Coklat Online anda hari ini. Lagi cepat anda belajar, lagi cepat anda boleh berniaga di kawasan anda. Jangan tunggu lama, ada banyak majlis yang anda boleh mula target untuk jual coklat. Majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi, aqiqah, majlis perpisahan dan lain-lain.

Ok, jumpa lagi. Jangan lupa klik butang SHARE untuk kongsi Tip ni dengan kawan anda. Happy Coklat..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *